Sarawak dah pun settle ngundi sapa yg dipercayak sidak utk ngembak Sarawak utk tempoh 5 tahun akan datang. sik dapat dinafikan selepas kurang dari 5 tahun nya ngembak kerajaan Sarawak, auranya telah berjaya membawa gelombang baru dalam politik kepimpinan di Sarawak.

Menang hampir 90% seats dalam DUN Sarawak, Komponen Barisan Nasional dari Sarawak dah berjaya memperolehi majoriti mudah dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak. menang 72 kerusi dari 82 kerusi jelas dah menunjukkan penerimaan org Sarawak terhadap kepimpinan Datuk Patinggi Adenan Satem, yg lebih mesra ditunggah Tok Nan oleh sidak kinek tok.

mun di nilai keperibadian datuk patinggi sendiri nyata amat berbeza dari common leaders yg ada ketika tok. jiwa rakyat nya besar. nya cuba elak protokol. berjenaka dan kelakar secara seloro- sambil diselit apa yg sebenarnya nk dipadahnya, jelas jadi kunci utama urg Sarawak sentiasa berada di belakang seorang yg bernama Adenan Satem.

Suatu ketika dolok, nya boleh dikata bersara dari politik kerana faktor kesihatan. tapi kembali atas sebab namanya dicalonkan sebagai calon yg sesuai selepas bekas ketua menteri, Tun Abdul Taib Mahmud sudah bersedia utk melepaskan jawatan ketua menteri yg dipegangnya selepas hampir lebih 30tahun megang jawatan ya- kepada adenan satem.

pada peringkat awal penerimaan masyarakat mmg agak skeptikal. dapatkah adenan satem ngemudi Sarawak? sebab dari dolok urg semua tauk datuk denan tok kuat plentey, happy go lucky,  dan boleh di ibarat antara pemimpin yg kuat berseloro. ucapannya penoh dengan jenaka sinis yg, eh benarkahh urg tua tok? secara kasarnya…

nyata barang mcm ya waima jenaka sebenarnya disempurnakan oleh adenan satem. pembalakan haram dibanteras, tol dihapuskan, cukai tanah dimansuhkan, dan banyak gik barang yg dipadahnya secara jenaka di pushnya idup-idup kata urg kita untuk dijadikan kemudahan rakyat semua.

mungkin Tok Nan bukanlah urg berada mcm sesetengah pemimpin. tapi usahanya membantu menyalurkan bantuan kepada rakyat Sarawak amat dihargai, bahkan sampe boleh dikatakan pembangkang sebenarnya sekda isu utk menekan Barisan Nasional, kecualilah isu-isu nasional yg sebenarnya sekdalah jadi kepentingan gilak pakey org Sarawak.

Calon-calon lain harus berterima kasih dengan Adenan Satem kerana dgn kredibilitinya sedikit sebanyak menambah jumlah undi sidaknya. undi popular di Sarawak jelas milik BN Sarawak, lebih 63% berbanding 55% sblm tok. kita boleh nanggar peranan Adenan Satem di sia. jiwa besar rakyatnya jelas menyebabkan nya lebih dekat dengan rakyat.

Datuk Denan selalu madah, mun boleh berik saya 5 tahun lagik untuk mimpin Sarawak. aok benar, nya dah dpt 5tahun ya, untuk 5tahun yg akan datang kita lom tauk agik hala tuju Sarawak.

yang menjadi kerunsingan kinek tok generasi pelapis pemimpin Sarawak, jelas masih belom nampak ada pemimpin yg dpt menandingi kepimpinan generasi sidak Adenan Satem, Abg Johari, Allahyarham Dr. Sulaiman, Tun Abdul Taib,  Alfred Jabu, dan beberapa lagik nama dan hanya merik contoh ajak.

Sidak tok mula dari debah dan berjiwa rakyat. rakyat dekat dihati daknya. sakit rakyat, sakitlah daknya, walaupun kita nanggar sidak berkereta besar, berumah besar, tp rakyat sik ditandah sewenang-wenangnya. ada pembangunan di kawasan jagaan mereka, bukan nya senang-senang sidak tok. bekerja tok…

Pintu bantuan sentiasa terbukak tapi kadang-kadang ada saluran ya tersumbat juak, mahupun terputus. tambahan lagi didiat kinek tok, banyak pemimpin yg jadi pemimpin politik lebih byk datang dari golongan yg sudah ada ‘status’ mewah. memang sudah ada barrier antara sidak dengan rakyat, mun halangan tok sik dipecah, yakin 5 tahun akan datang pasti akan ada krisis kepimpinan di Sarawak.

Survival kemewahan sidak ya lebih penting dari membantu rakyat terutama sekali yg memerlukan. bagi sidaknya membantu, tapi perlu ada balasan. well, benda tok perlulah dikikis. bertanding jadi YB, jadi ahli politik, adalah bermaksud devoting yourself to the public. mun nk menghidupkan kroni dirikpun, SILAKAN tapi pastikan rakyat lain dpt manfaat. jangan pilih kasih. sanggup-sanggupkan dirik utk mencari masalah rumahtangga masyarakat. kurang, bantukan. berlebih, agihkan.

semoga semangat kepimpinan Adenan Satem dapat dijadikan model kepada pemimpin muda Sarawak selepas tok. Ubahlah dirik ya gik, mulakan turun padang. carik permasalahan rakyat. senang diagak, mudah membantu bahkan anggaplah kemenangan kitak urg ya adalah kemenangan #TeamAdenan sebagai satu pasukan. Sak kitak urg sentiasa rasa banyak benda perlu dipolah utk membantu rakyat.

Dari election tok juak kita dpt diat peranan media sosial dlm politik sudah mula menampakkan istilah “sik dapat pakey…” ini kerana letam-letum dalam fb, twitter, ig masih gagal membantu. hands on approach juak bagus.

Dalam pada ya juak, election yg seolah-olah nampak meriah dihujung-hujung proses pengundian juak disulami dgn insiden kemalangan udara membabitkan VIP dari semenanjung. boleh jadi ada juak kebaikan Datuk Denan kurang berapa menggalakkan pemimpin luar rami-rami datang ke Sarawak. kejadian mcm tok sik dapat dielakkan dan merupakan kehilangan besar yg boleh dielakkan sebenarnya.

Apa-apa pun tahniah buat Barisan Nasional kerana berjaya meneruskan kesinambungan kepimpinan, pembangunan, perubahan untuk Sarawak. Kamek orang semua Sayang ngan Sarawak sebab ya kamek org percayak Adenan Satem dpt memimpin kamek org semua utk 5 tahun lepas tok. Mungkin insha Allah, 2020 adalah tahun Sarawak menjadi negeri maju yg pernah dibayangkan oleh Tun Dr. Mahathir pakey Malaysia….

Sekadar perkongsian pendapat. yg baik datang dari Allah s.w.t, yg jaik ya kekurangan saya sendirik. insha Allah lain masa kita cerita agik. wassalam….

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *