Bila dah masok malam ke-27 posa maka start lah urg kampung bertuntung, masang pelita mun mensia marek, moden sikit masang lampo cabik, mun agik moden, makey LED strip, pakey ngias rumah.

Disebalik malam 27 posa tok, dalam Islam, 10 malam terakhir merupakan malam-malam penting dalam bulan Ramadhan di mana pintu keampunan Allah s.w.t terbuka luas, disamping ada sigek malam istimewa yang di gelar “lailatul qadar” malam yang menyamai 1000 bulan amalan jika dikerjakan pada malam ya.

Berbeza dengan kita urg melayu tok, malam 10 terakhirlah malam dikira nya “likor” yang disimbolikkan dengan api tuntong.

Likor dikira bermula dari malam 21 sampe ke 27 posa. Mun urg ninggal nenek dolok madah, nak kira likor ya senang ajak, selikor=1 pelita dipasang, bila sampe 7 likor baruklah api tuntong dipasang semua. Ada juak urg tua bercerita, bila lepas jak malam selikor, sikok2 antu likor terlepas dari kandangnya. Nya berkait juak dengan riwayat yang madah, di permulaan puasa Syaitan dah pun dibelenggu kerana bulan posa dah nak mula.

Selepas malam 27 puasa di kenali sebagai malam tujuh likor dikalangan kita, jadi bila malam 7 likor tok maka konon2 nya complete lah hantu likor tok terlepas,dipasang pelita untuk menakut2kan hantu likor ya tek sak jgn nya datang ke rumah kita or beranggapan “gik ada urg bangun di sia…”

Ya dah jadi kisah2 ajak kinek tok. Dalam dunia moden tok konsep “bertuntong” cuma jadi amalan tradisi ajak. dah sekda gik unsur2 tahyul macam ya, urg semua gembira nak nyambut raya. apatah agik bila semua keluarga balit ke rumah berkumpul. masang api tuntung ada juak k meriah raya.

Dalam pada ya, hati-hati juak mun bermain dgn pelita ya jangan sampe nyelap ngenak rumah, bahaya. tapi kinek tok Minyak Gas susah nak dibeli sik mcm mensia2 marek.

Apa2 pun, Selamat menunaikan ibadah puasa yg hanya berbaki beberapa hari jak lagik. Semoga Allah merahmati kita semua dengan kesejahteraan dan kesihatan. Amin…

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *