Memang benar ball ya bergoleng sbbnya bulat. Tp mun sekda tindakan untuk menggolengnya, ball ya sikkan bergoleng juak. Toklah kejadiannya dengan team Sarawak kita.

Ura2 hampir separuh team akan pergi ke team lain. Walaupun bukan ‘cerita baru’ tapi kali tok agak mengejutkan sebab Sarawak dah mula didiat oleh team lain sebagai team yg berpotensi besar.

Maka jadinya, tumpuan terhadap pemain Sarawak makin ada. Kita heran kenak dak pengurusan pasukan, terutama sekali FAS sik dpt nanggar benda tok?

Players kita dah mula dipancing oleh dak lain yg nyata Sarawak perlu molah ‘counter offer’ dlm erti kata lain bertindak lebih cepat utk jaik2 pun nyuruh cdak utk fikir 2 kali utk lari.

Komen ‘keras’ dari Robert Albert minggu ya tek madah Sarawak sekda pelapis dan jgn dibiarkan team ya berpecah mungkin ada maksud tersirat dibelakangnya.

Sik perlulah nk dibincangkan apakah sebab nya, tp apa yg pasti point yg dibukaknya memang ada asas.

Dengan terangnya kita dpt nanggar FAS sik dpt jadi sigek organisasi tp melaksana duak fungsi berbeza- pembuat polisi dan pelaksana.

Waktu tok jelas gilak, fokus terhadap team professional kita adalah amat tinggi. Kerana team professional kita telah menjana banyak benefit kepada FAS bait dari segi reputasi mahupun fund persatuan.

Tapi apa yg menyedihkan fokus terhadap team pro kita dah menyebaban development ball kita terbantut sengan ya jak.

Berjaya membentuk team yg so called ‘kuat’ tp gagal membentuk squad pelapis yg baik. Sik dpt dinafikan lagik sebab FAS seolah2 melepas tangan dgn MSN dan Jabatan Pendidikan utk mengurus pembangunan bolasepak di peringkat grass root.

Yang kita kesian, talent nembiak2 tok akan terbantut sengan sidak sekolah ajak. Lepas dari ya, entah apakan jadi. Mun bagus rezeki berkembang bakatnya, mun sik, abis mcm ya ajaklah.

Disebalik tumpuan dengan 1st team kita, agak hampa juak bila FAS seolah2 lepas tangan dengan team bila off season mcm tok. Banyak players kita coba dipancing oleh team lain and management FAS langsung xnampak ketegasan utk protect players ya dari di offer keluar.

Rasanya xsalah juak kita madah FAS kinek tok perlu nanggar utk ngambik initiatif mengubah management team senior tok kpd pengurusan yg lebih profesional, lebih kepada football club oriented management.

Pengurusan team diurus secara ‘sepenuh masa’ dari minjam pekerja dari agensi2 lain mcm yg kita ada kinek tok.

Team seolah2 ditakbir oleh beberapa individu ajak sedangkan sepatutnya team diurus oleh sigek organisasi yg besar dan sepenuh masa.

Sik dpt agik dah FAS tok jadi tempat suka2 atau jadi extra aktiviti mcm parti politik atau KRT, sebab kita dah masok ke era professional.

Kita susah nk madah apa, sebab kita xdpt nk menggambarkan apa yg sebenarnya yg berlaku dlm FA ya, cuma kita mampu berharap ada perubahan dlm pengurusan pemain dan bolasepak Sarawak.

Sekian.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *