Terlalu banyak cerita tentang 2012 tok. Cerita pasal meteor nak gugok ke bumi lah, cerita bencana alam lah, nak kiamat lah. Semua ya ‘dijangka’ berlaku pada tahun 2012.

Apapun, sbg umat Islam, kita harus berpegang pada ketentuan tuhan. Sik ada urg yg dapat tauk apa akan jadi esok, melainkan Allah s.w.t jadi jangan lah kita riso nak hedah2.. minggung palak dirik pun jak.

Banyak agenda besar aku untuk tahun 2012 tok. Dari perkara peribadi sehinggalah ke perkara berkaitan kerjaya dan sebagainya. Apa yg difikirkan aku waktu tok adalah utk berganjak dari apa yang aku dah ada. Mungkin nampak mcm sesuatu yang mustahil, tetapi nya juak sesuatu yang mungkin J

Tahun tok tahun baru aku mulakan dengan Alhamdulillah dengan cara yg amat berbeza dari tahun2 sebelum tok. Harapnya berterusanlah untuk tahun-tahun akan datang, in fact aku berharapnya akan berlaku tiap2 hari! Yalah doa ajak lah… mudahan dipermudahkan segala cita-cita dan harapan.

Lepas tok aku rasa aku nak bersara jak dari bidang photography. Maksud aku dari serious berdagang gambar. Lebih selesa dikenal sbg tukar gambar jalanan ajak. So, senang la ke sana ke sine. Sik terlalu bebankan palak ku. Cukup sekadar hobi. Mungkin mok ambik job ya makin jarang dan mungkin sik ada… tp sekali sekala boleh lah…

Banyak pekerjaan baru yg diceburi aku dalam tahun 2011. Dari sitok juaklah menjadi titik permulaan dan perjuangan nya harus diteruskan.

Sekda spesific resolution untuk aku, Selagi maseh ada, hari-hari aku insya Allah akan improvekan dirik aku pun…

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *